Fruity Plum Heart

Sunday, May 22, 2011

aku juga seorang manusia

"Dah lah,kau jangan kacau aku lagi,antara kau dengan aku,kita dah takde apa-apa hubungan lagi." Tersentap hati dan perasaan aku ketika itu. Ya Allah,apa yang pernah aku lakukan pada dia,sampai dia membenci aku? Walhal,dia yang bertindak memutuskan percintaan kami 8 bulan yang dahulu. Kenapa aku yang dipersalahkan?Bertalu-talu soalan menjengah lubuk hati aku ketika itu. Wah wah wah,pandai btul dia putar belitkan fakta. Bila masa pula aku yang minta putus dari dia? Tak boleh jadi ni. Keadilan harus ditegakkan dengan secepatnya.
Ketika itu,aku bagaikan sudah tidak peduli dengan keadaan sekeliling aku. Mata yang merah kian membengkak akibat turunnya hujan airmata yang sepertinya tidak akan berpenghujung. Teman sebilik ku sudah tidak berani bertanyakan perihal aku. Agaknya mungkin tidak mahu mencampuri urusan hidupku. Itu adalah pertama kali aku memontengkan diri aku daripada kuliah Fizik. Sebelum itu,awal-awal lagi sudah ku kirimkan mesej kepada rakanku bahawa aku tidak dapat hadir ke kelas kerana demam. "Ah,alasan sahaja. Padahal malu,mata bengkak,muka sembap".
"Baik kau cakap jujur,kenapa kau cari aku balik selepas 8 bulan kau tinggalkan aku? Mesti kau nak tipu aku lagi kan? Mengaku sahaja lah yang dulu kau tipu aku,kau kata kau sakit,tapi elok je sihat walafiat sampai hari ni. Kau memang kaki bohong,penipu,aku benci kau". Dengan segala kudrat aku,aku hamburkan semua kemarahan aku padanya.Biar dia tahu,aku juga manusia yang punya perasaan.Senang-senangnya dia memperkotak katikkan hati aku.Aku punya perasaan ingin disayangi,bukan untuk dimarahi sesuka hati.
Terkedu dia sementara.Semasa aku bercinta dengan dia,sekali pun aku tidak pernah meninggikan suara padanya.Bukan sebab apa,aku lebih suka diam apabila aku marah.Tapi apabila sudah sampai ke tahap kesabaran aku hilang,itulah padahnya.Akhirnya,dia menghantar mesej kepadaku."aku takkan biarkan kau hidup gembira."Ah,biarlah.Aku benar-benar bencikan dia buat masa ini.Mungkin juga sampai bila-bila.Apa yang dia lakukan padaku,buat aku lebih berhati-hati untuk memberi hati aku lagi.
Tetapi,aku teringat sebuah hadis yang pernah aku baca di dalam perpustakaan tidak lama dahulu.Lebih kurang begini terjemahannya,"apabila kita menyayangi seseorang,janganlah kita menyayanginya bersungguh-sungguh kelak kita akan membencinya.Apabila kita membenci,janganlah kita membencinya besungguh-sungguh kerana kelak kita akan menyayanginya bersungguh-sungguh".So jangan lah kita bersungguh-sungguh membenci okay.(:
 

Da BaCe LiKe La YeK :)

0 comments:

Post a Comment