Teddybear itu
"Eh-eh,rose,hari ni ada budak baru lah na masuk kelas kita.Aku dengar dia tu anak orang kaya kat kawasan ni."Kata-kata Izzati itu membelah kesunyian di antara kami.Aku yang sejak dari tadi membatukan diri tiba-tiba berminat dengan gosip terbaru yang dibawakan khas oleh Izzati itu."Yakah?kenapa aku tak tahu pun?"Amir pula bersuara.Aku dapat menghidu perasaan berbunga-bunga Amir.Almaklum lah,Amir boleh dikatakan tampan dan bergaya juga di sekolah kami."Alah,saje tak nak bagitau kamu.Kamu tu pantang nampak 'girl' cantik,mulalah nak jd ulat bulu naik daun".Kata-kata pedas lagi berapi dikeluarkan Izzati kepada Amir.Izzati dan Amir sudah berkawan hampir 5 tahun sudah,oleh sebab itu tidak hairanlah jika Izzati sudah masak dengan perangai Amir.
"Bangun.Assalamualaikum cikgu."Kelam kabut aku,Izzati dan Amir mengemas meja yang berselerak."Waalaikumsalam.Duduk semua.Hari ini cikgu ingin memperkenalkan kamu semua dengan pelajar baru."Semua pelajar memasang telinga."Perrgghh,lawa siot awek ni."Bisik Amir kepada ku."Assalamualaikum semua.Nama saya Zafirah Aisyah,panggil Fira."Usai memperkenalkan diri,Cikgu Syarifah menyuruh Fira mengambil tempat di hadapan Izzati.
Sebulan selepas Fira menyertai geng aku,aku dapat merasakan,Izzati dan Amir kini tidak seperti dahulu.Mereka lebih gembira apabila dapat 'hangout' dengan Fira berbanding aku.Aku tahu,diri aku tidak lah seperti Fira.Fira mempunyai raut wajah yang bujur sirih,hidung yang mancung,bibir yang mungil,semuanya adalah sempurna.Aku pula hitam manis.Bagai langit dan bumi jika dibandingkan antara aku dan Fira."Woitt,Rose,mengelamun apa kau ni siang-siang buta?ingat pakwe aje."Aku hanya tersenyum memandang Izzati."Fikirlah apa yang kau nak fikir tentang aku."Aku bersuara.Entah lah,aku tidak cemburu pada Fira,cuma aku merasakan bahawa aku tidak layak untuk menyertai mereka lagi.Aku lebih banyak mendiamkan diri berbanding sebelum ini.
Pada suatu hari,Fira menghampiri aku."Rose,aku nak hadiahkan kau 'something' sempena persahabatan kita.""Erm,apa dia?"aku bertanya soalan bodoh."Jeng jeng jeng,aku nak hadiahkan kau teddybear ni.Aku tengok kau selalu dalam dunia kau sendiri.Aku harap,dengan adanya teddybear ni,kau akan gembira."Aku terkedu buat ketika itu.'Baiknya kau Fira.'"terima kasih Fira".Buat sekian kalinya kami berpelukan."Okay lah Rose,Fira nak pergi kedai seberang kejap,tuggu Fira tau."Fira berlari-lari anak menyeberangi jalan.Tiba-tiba aku terdengar bunyi dentuman kereta membrek."Ya Allah,Fira".Aku berlari untuk melihat keadaan Fira.
Selepas kejadian itu,Fira disahkan telah meninggal dunia.Aku sangat sedih.Rupa-rupanya,itu adalah pelukan terakhir Fira kepada ku tanda dia akan meninggalkan aku.'Fira,aku akan simpan teddybear ni sebagai tanda persahabatan kita.Walaupun kau dah tiada dalam dunia ini,aku akan tetap kenang kau sebagai sahabat terbaikku'.Al-Fatihah...
Da BaCe LiKe La YeK :)
0 comments:
Post a Comment