Friday, July 15, 2011
PERHATIAN!!!!SAYA SUDAH BERPINDAH KE BLOG BARU:):)
salam...hai korang...hari ni aku nak bagitau korang yang aku dah tukar alamat email aku...and that's mean yang blog aku pun sudah bertukar...korang search la erk teddylover92.blogspot.com...sorry for the inconvenient..huhuhuhu...email lame dah tak boleh bukak....:(:(:(...fb pn sudah tukar erk...korang search r nanateddylover92@gmail.com..tq!!!!sayang korang!!!
Da BaCe LiKe La YeK :)
Thursday, July 7, 2011
berakhirnya sebuah kisah~~
Erm,mane ye aku nak mulakan citer..ok la,act. aku dah lame nk share citer ni,tapi tak de masa nak taip..hehehehe..6/6/2011 bermula lah kisah aku..aku bawak diri ke kuala lumpur sebab nak cari keje,and aku dapat la keje kat Pizza Hut Delivery atau shortform nye PHD...hari first?sangat sangat takut aku rase..and staff first aku jumpe cume manager punita,maen,kak zura dengan abang zul(rider)...first impression aku,macam punita sorang je yang baik..tapi rupa rupa nye,semua ok je..hehehehe..kalau nak citer pasal short cashier,aku rase dekat 100 jugak aku kena bayar..huhuhu...macam macam hal!
Da BaCe LiKe La YeK :)
Sejujurnye,aku rase macam tak nak tinggalkan tempat keje aku tu..ye lah,member member dah ramai..tapi aku rapat ngan abang wan ngan abang zamrie..rider rider yang lain bukan aku tak rapat,tapi entah la..aku tak boleh masuk sangat ngan gurauan dorang kat aku...agak melampau jugak..sebab tu aku tak boleh nak gurau sangat ngan dorang...huhuhu...
Semalam,berakhir la khidmat aku kat PHD Setiawangsa secara rasminye...yang tak patutnye,ade pulak dorang nak siram aku dengan sos masala...kurang asam...nasib baik aku sempat cabut lari dulu,kalau tak,ber"sos" la aku balik rumah..hahahahha...tapi sekarang sume tu dah jadi kenangan......boleh ke aku jumpe korang lagi????huhuhuhu
Saturday, June 18, 2011
yeeehaaa!!i'm back...:)
Assalamualaikum and selamat sejahtera semua...hai,da lame aku tak bukak blog aku ni...banyak giler dah ni sawang and labah-labah aku jumpa..ngehh3..hyperbola sungguh ayat ni..ok larh,mesti korang pelik nape aku da lame menghilangkan diri aku...tetibe je jadi invisible plak...
Da BaCe LiKe La YeK :)
Actually aku sekarang ni dah keje kat Pizza Hut Delivery atau nme glamernye PHD kt setiawangsa...gaji ok lah,masyukkk jugak..hehehe...best gak lah aku ase keje situ..kurang-kurang aku dapat la pengalaman bekerja..position aku cuma cashier je,tapi overall best lah...member member sume beshh...
Adoiyaii..rindunye kat life lame aku sebagai seorang student...tapi insyaallah aku akan melanjutkan pengajian aku dalam chemical engineering honours in environment ta lame lagi...hopefully aku dapat lah cope kat universiti nanti...
Gambar???adoii,sorry ye korang,aku busy giler mase keje,so aku selalu tak sempat nak posing posing maut kat dalam store...hehehe...
K lah,nanti aku update lagi,aku masukkan gambar banyak banyak tau..hehehe..:)
Sunday, May 29, 2011
kisah-cinta-yang-akhirnye-macam-nak mati-sebab-terlalu-giler-sangat-sangat-giler
Huh,bapak panjang tajuk entri.Aku bukan ape,aku sebenornye tengah geram ni.Aku pantang betul orang kalau dah janji ngan aku pastu dia pulak buat-macam-aku-ni-tuggul-kayu-kat-hutan-banat-macam-bodo-aku-tuggu-dia.Hahhh...Eeeeeiiii...geram la aku rase..Macam nak bagi penampaq siam sedas dua kat dia..Biar dia tau aku ni bukan tunggul kayu la bongekkk...sory ye korang,aku betul-betul marah tahap giler babai ni.
Itu le pasal,orang nak becinta ko nak becinta gak.Last last padan muke kan.Sape suruh.Sesedap mulut tambah Knorr pasti sedap je dia tabur janji kan,tapi,hampehhh je nak tunaikan..Bro,kalau rase malas nak call awek ko,ko tak payah la nak janji-janji.Buang air liur je bro.Kan senang kalau ko cakap straight to the point camni "Weh,aku nak break la,blah arh,aku malas tengok ko lagi".Haaa,kan senang tu.Takde sape nak bengang tahap giler.
Satu lagi aku pantang sangat-sangat kalau laki ni dok suke sangat sangat nak off handfon.Kalau dah rase tak nak pakai handfon tu,buang je lah bro.Buang mase ko pakai handfon tapi off..Baik ko sedekah je kat sape sape yang tengah sesak nak pakai duit,boleh gak dorang jual nak tampung hidup dorang.Takde nak menyusah kan hidup orang lain kan dok call call ko.Aku cukup hangin betol..Kalau rase taknak awek ko dok sibuk sibuk call ko,ko tak payah couple lah.Ni sibuk nak couple,tapi bila dah dapat,macam siak je ko buat kan.
Heeee..pokok pangkalnye aku memang geram camni..*sigh*
p/s:sape sape yang terase ni maap la yek..aku cume meluahkan rase hati aku sekarang ni...huhuhu :(
Wednesday, May 25, 2011
rindu setengah mati..
aku ingin engkau ada di sini
menemaniku saat sepi
menemaniku saat gundah...
berat hidup ini tanpa dirimu..
ku hanya mencintai kamu...
ku hanya memiliki kamu...
aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
aku rindu setengah mati....
meski tlah lama kita tak bertemu
ku slalu memimpikan kamu..
ku tak bisa hidup tanpamu...
Monday, May 23, 2011
Teddybear itu
"Eh-eh,rose,hari ni ada budak baru lah na masuk kelas kita.Aku dengar dia tu anak orang kaya kat kawasan ni."Kata-kata Izzati itu membelah kesunyian di antara kami.Aku yang sejak dari tadi membatukan diri tiba-tiba berminat dengan gosip terbaru yang dibawakan khas oleh Izzati itu."Yakah?kenapa aku tak tahu pun?"Amir pula bersuara.Aku dapat menghidu perasaan berbunga-bunga Amir.Almaklum lah,Amir boleh dikatakan tampan dan bergaya juga di sekolah kami."Alah,saje tak nak bagitau kamu.Kamu tu pantang nampak 'girl' cantik,mulalah nak jd ulat bulu naik daun".Kata-kata pedas lagi berapi dikeluarkan Izzati kepada Amir.Izzati dan Amir sudah berkawan hampir 5 tahun sudah,oleh sebab itu tidak hairanlah jika Izzati sudah masak dengan perangai Amir.
"Bangun.Assalamualaikum cikgu."Kelam kabut aku,Izzati dan Amir mengemas meja yang berselerak."Waalaikumsalam.Duduk semua.Hari ini cikgu ingin memperkenalkan kamu semua dengan pelajar baru."Semua pelajar memasang telinga."Perrgghh,lawa siot awek ni."Bisik Amir kepada ku."Assalamualaikum semua.Nama saya Zafirah Aisyah,panggil Fira."Usai memperkenalkan diri,Cikgu Syarifah menyuruh Fira mengambil tempat di hadapan Izzati.
Sebulan selepas Fira menyertai geng aku,aku dapat merasakan,Izzati dan Amir kini tidak seperti dahulu.Mereka lebih gembira apabila dapat 'hangout' dengan Fira berbanding aku.Aku tahu,diri aku tidak lah seperti Fira.Fira mempunyai raut wajah yang bujur sirih,hidung yang mancung,bibir yang mungil,semuanya adalah sempurna.Aku pula hitam manis.Bagai langit dan bumi jika dibandingkan antara aku dan Fira."Woitt,Rose,mengelamun apa kau ni siang-siang buta?ingat pakwe aje."Aku hanya tersenyum memandang Izzati."Fikirlah apa yang kau nak fikir tentang aku."Aku bersuara.Entah lah,aku tidak cemburu pada Fira,cuma aku merasakan bahawa aku tidak layak untuk menyertai mereka lagi.Aku lebih banyak mendiamkan diri berbanding sebelum ini.
Pada suatu hari,Fira menghampiri aku."Rose,aku nak hadiahkan kau 'something' sempena persahabatan kita.""Erm,apa dia?"aku bertanya soalan bodoh."Jeng jeng jeng,aku nak hadiahkan kau teddybear ni.Aku tengok kau selalu dalam dunia kau sendiri.Aku harap,dengan adanya teddybear ni,kau akan gembira."Aku terkedu buat ketika itu.'Baiknya kau Fira.'"terima kasih Fira".Buat sekian kalinya kami berpelukan."Okay lah Rose,Fira nak pergi kedai seberang kejap,tuggu Fira tau."Fira berlari-lari anak menyeberangi jalan.Tiba-tiba aku terdengar bunyi dentuman kereta membrek."Ya Allah,Fira".Aku berlari untuk melihat keadaan Fira.
Selepas kejadian itu,Fira disahkan telah meninggal dunia.Aku sangat sedih.Rupa-rupanya,itu adalah pelukan terakhir Fira kepada ku tanda dia akan meninggalkan aku.'Fira,aku akan simpan teddybear ni sebagai tanda persahabatan kita.Walaupun kau dah tiada dalam dunia ini,aku akan tetap kenang kau sebagai sahabat terbaikku'.Al-Fatihah...
Subscribe to:
Posts (Atom)